Monday, November 23, 2009

KERETAKAN PAS SEMAKIN KETARA

Kelmarin Husam Musa nak menyatakan hasrat untuk bersara dari Jawatan Politik dan Kerajaan. Hari ini Nik Aziz suruh dia cuti untuk tenangkan fikiran. Kasihan juga orang politik macam Husam ni. Cakap Tok Guru nak kena dengar, cakap kawan-kawan nak kena dengar juga, lama-lama bercelaru, itu sebabnya dia ambil keputusan nak letak jawatan. Dalam Politik ni macam-macam bolih jadi. Mana tau esok dipelawa jadi Menteri Besar pula. Saya tidak menyokong perjuangan PAS jauh sekali menyebut PKR, tetapi dunia politik ada naik ada turun. Itu sebab Doto Najib ajak Bersatu demi Melayu dan Islam. Kita seagama, tidak perlu benci membenci, tidak perlu kafir mengkafir yang akhirnya akan memakan diri sendiri. Dulu Kalau pilihanraya kecil, orang PAS dan PKR tunjuk duit kata UMNO rasuah, hari ini makan diri kemelut rasuah Nik Aziz dan menantu memeningkan kepada pemimpin PAS dan PKR. Nak tegur nanti tok guru kecil hati, tak tegur PAS akan musnah dan dipersenda oleh orang Islam, kalau kita berpegang pada Islam tak kan nak buat macam tu. Serba salah dibuatnya. Jalan terbaik masuk umnolah senang.Tinggalkan PKR sendirian dengan DAP yang bercita-cita besar nak jadi Perdana Menteri .Takut maruah Melayu tergadai dek nakkan kuasa melampau.Mari kita renung sejarah Melayu Nusantara yang bermula dari Pelembang, Majapahit, Srivijaya, Melaka yang begitu terserlah masa itu.Kini Melayu Indonesia dan Malaysia bermegah masih lagi memegang kuasa ksinambingan Raja-Raja Melayu Melaka masih tersebar diTanah Melayu ini, jangan biarkan warisan kita terhapus dek rakus mencari kuasa yang entah bila akan tiba kerana mungkin terlepas dari gemgaman dimasa akan datang. Anak-anak muda jangan lupa diri, jika berjaya dalam hidup tidak mesti berjaya selamanya.Lihat saja anak Melayu diSingapura, hidap mereka terkongkong tanpa arah atau menjamin masa depan yang cemerlang.Pada Melyu Korprat yang sudak berjaya janglah sampai bersetuju sosial Kontrak yang dipersetujui oleh datuk-datuk kita dihapuskan, jangan fikir asal kita sudah berjaya dan tidak perlukannya lagi, orang lain perlu ikut jejak kita. Tidak semua orang Allah SWT beri rezeki yang sama. Insaflah wahai anak Bangsa. Warisan ini perlu mendapat dokongan semua demi Agama, bangsa dan Tanah Air Malysia tercinta ini.

No comments:

Post a Comment